Monday, December 20, 2010

My Citivilly Zynga Optimize List

I'm been working to optimize the Businesses on the CitiVille Zynga for time being.
And below is the progress have been done. The RED highlight mean that the Output is better than the previous.

Hopefully this list helps to those who are playing this game. :)

Monday, November 1, 2010

Windows was unable to install the modem

Source : http://support.microsoft.com/kb/883356

This article just want to remind me how to COUNTER ACT from the ICT people who blocking the modem be functioning in our PC/Laptop.

Here is the step that you should be implemented.

Firstly, REGEDIT or known as Registry Edit.

Subkey: HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Modem

Entry Name: ErrorControl
Type: REG_DWORD
Value: 0

Entry Name: Group
Type: REG_SZ
Value: Extended base

Entry Name: Start
Type: REG_DWORD
Value: 3

Entry Name: Tag
Type: REG_DWORD
Value: 4

Entry Name: Type
Type: REG_DWORD
Value: 1

Secondly, check on Antivirus that will auto disable the Modem. So disable the irritated ANTIVIRUS.

Finally, install or reinstall the modem if the 1st attemp for installing failed. Good luck.

Wednesday, September 1, 2010

Dota : Merdeka Game

(Wikipedia - Jalur Gemilang

Merdeka, merdeka, merdeka.

Tatkala merdeka dilaungkan, ada segelintir penghuninya yang masih memperjuangkan semangat baktinya kepada negara. Walaupun tidak mengunakan sebarang senjata, tidak menumpahkan darah, namun peperangan diteruskan bagi menghidupkan kembali semangat juang moyang-moyang kita yang telah berkorban dipentas merdeka. Hari Kemerdekaan yang ke-53 disambut meriah di teratak Magic Surfnet Station, Ipoh Jaya, dengan berkumandangnya laungan seperti "First Blood", "Monster Kill", dan sebagainya.

Antara perwira terhandal yang berjuang bermati-matian adalah seperti berikut,
  • Mok(bukan nama sebenar) - balrog bagi nama samaran malam ini,
  • Nan (bukan sejenis roti) - Mok Lembut, nick kali ini untuk melembutkan Mok.
  • Moja (masin seperti biasa) - Garam, antara makan yang memberikan tekanan darah tinggi
  • Arep (apa entah aku nak komen) - tyrafing, try google apa maksudnya...
  • Husin (burgerman) - AgaliarepT, sejenis lauk rasanya, kalau ditanya kepada Mok,
  • Apit (killer fulltimer) - NinjaInPyjamas, nick sempena peristiwa menjadi ninja waktu bersahur,
  • Joe (artis jemputan) - King Noobie, dan sesungguhnya memang newbie dalam dota,
  • frogskin + Chunin - sorri le aku tak pasti yang mana satu Lan dgn Epit, sebab aku tak peka kot..
  • aku - multiVitamin, bagus untuk kesihatan badan.
 Round 1
Replay_2010_08_31_0010.w3g

Round 1, pertembungan antara perwira yang legend dengan wirawan yang kurang legend. Sentinel dibarisi oleh Aku, Joe, Moja, Epit dan Lan yang sudah tentu dizalimi oleh pihak penentang Scourge, Mok, Nan, Apit, Arep dan Husin. Antara perkara menarik dalam pertembungan wira-wira perlawanan ini adalah serperti berikut,
  • Perlawanan berat sebelah, jikalau mengikut FIFA rating sistem seperti Spain membelasah Malaysia.
  • Mok "ter" bunuh Joe yang baru berjinak merpati. Diulangi, "TER.."

  • Penentang berani mati yang tewas hampir mencipta sekali lagi "team telur".
 Round 2
Replay_2010_08_31_0056.w3g

 Round 2, Sentinel dibarisi oleh Mok, Nan, Epit, Lan dan Joe yang tewas kepada Scourge yang mantap iaitu, Arep, Apit, Aku, Moja dan Husin. Dan sekali lagi gerombongan Epit, Lan dan Joe kecundang akhirnya. Antara peristiwa menarik round kali ini,
  • Apit sbg tanker yang menggunakan Lortar.
  • Aku yang hampir melaungkan Rampage, tapi cukup setakat Wicked Sick
  • Husin dengan punuh BANGGA nya, berjaya menapau mok dengan kedudukan 3-0
  • Epoi memberi tunjuk ajar bagaimana membunuh kepada Joe yang akhirnya diburu oleh pihak lawan.
Bagi menutup konflik alam maya di mendung purnama ini, Round 3 tidak dapat aku rekodkan mungkin disebabkan perasaan yang harum mewangi setelah aku menempah kemenangan utk mlm ini sebanyak 2-1. Dan diantara perwira yang dapat disimpulkan sebagai penyimpul pasukan adalah Lan Penyu kerana beliau memegang title 0-3 utk mlm ini. Sekian saja komentar dari saya yang kurang mencetuskan diri di alam dota. Moga bertemu lagi di alam ini pada hujung minggu berikutnya.

Monday, August 30, 2010

Novel : Prolog


Novel, "The fictional narrative, the novel's distinct "literary" prose, specific media requirements (the use of paper and print), a characteristic subject matter that creates both intimacy and a typical epic depth can be seen as features that developed with the Western (and modern) market of fiction" (wikipedia.org. Inilah aktiviti terbaru aku, yang mana antara aktiviti menggantikan masa yang terluang dari berhenti merokok.

Banyak novel yang sudah aku baca semenjak dari mulanya aku bergiat dengan blog. E-book, itu lah yang aku baca sebenarnya. Download dari web dan di install ke dalam handphone yang hanya memerlukan keupayaan java apps.

Awal bulan Februari 2010, mulanya blog dan mulanya minat aku kepada Harry Potter. Antara sebab yang membuatkan aku terlintas untuk membaca adalah disebabkan komen-komen di dalam blog-blog di luar sana. "Kandungan cerita di dalam filem tidak sehebat novel!", antara komen penulis blog.

Oleh itu, tanpa memanjangkan cerita, aku pun terjebak lah di dalam bidang membaca novel. Belasah je la. Tapi, memang tak disangka, hobi baru aku ni boleh tahan jugak bestnye. Tak sangka yang imaginasi aku masih mantap. Memang terbukti, movie masih tak boleh nak bertanding dengan imaginasi aku yang full effect. Mungkin juga disebabkan aku yang banyak menjurus ke alam gaming fantasy.

Berikut adalah buku e-novel yang telah aku habiskan :
  • Harry Potter and the Philosopher's Stone
  • Harry Potter and the Chamber of Secret
  • Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
  • Harry Potter and the Goblet of Fire
  • Harry Potter and Order of the Phoenix
  • Harry Potter and the Half-Blood Prince
  • Harry Potter and the Deathly Hallows
  • Percy Jackson & the Olympians : Lightning Thief
  • Percy Jackson & the Olympians : The Sea of Monsters
  • Percy Jackson & the Olympians : The Titan's Curse
  • Percy Jackson & the Olympians :The Battle of the Labyrinth
  • Percy Jackson & the Olympians :The Last Olympian
Bermulanya dengan Harry Potter hinggalah ke Percy Jackson. Kalau dibandingkan dgn filem, baru la aku paham kenapa setiap pembaca komennya sedemikian rupa. Banyak elemen di dalam novel tidak dimasukkan ke dalam sesuatu filem. Feel sebenar adalah ketika membaca novel. (Haiz, tak sangka aku boleh pulak berminat nak membaca novel, hahaha)

Dan sekarang aku download apa saja cerita yang ada di carta bestseller di US. Minggu ini, "Da Vinci Code by Dan Brown". Cerita ini telah difilemkan dengan lakonan Tom Hank. Minat giler! Ni cuba test try baca novel pulak untuk menambahkan feel dalam cerita ini.

Tuesday, August 24, 2010

Tidur...

Tidur, "sleep" bak kata mat saleh.

"Sleep is a naturally recurring altered state of consciousness with relatively suspended sensory and motor activity, characterized by the inactivity of nearly all voluntary muscles."
(en.wikipedia.org)








Bukan nak cerita pasal tidur, tapi nak bagi tau dah cukup lama tidur dalam jaga ni. Blog tak bersentuh, FB tak ke mana hala, bla bla bla..

Dan sekarang, tiba lah masa untuk berjaga kembali (cewah..).

Friday, May 7, 2010

Dota : New Game Mode - CP (Capture Mode)

Source : Garena Forum and Dota Allstars


Implemented a new mode for observers -zm (-zoommode). It pulls the camera outwards to see more action at the same time. 

Implemented a new game mode -cp ( -capturepoint ) 


This game mode requires more teamwork and coordination than you might expect from your usual funmode. 


After 10 minutes, 6 capture points appear at fixed locations around the map. Once the capture points are created, those areas are permanently visible to both teams for the rest of the game.


To capture a point, you have to be standing on it for a certain a mount of time. The more heroes standing on it the faster you gain control over it. There cannot be any enemy heroes at a point you are trying to capture. With 5 heroes it requires 12.5 seconds to capture ( 60 for just 1 hero ). Heroes cannot be invisible while on a capture point area. Illusions do not count as heroes when on top of a Capture Point. 


There are 3 types of capture points, if you get 2 of the same type then they stack. Duplicates of each type are available on opposite sides of the map. 


The game announces when an enemy captures a point. It is also visible on the minimap which areas youhave captured and which areas the enemy has. When you capture a point, your teams heroes gain bonuses to various attributes (described below)




  • Combat - CP Type 1 [Bonus Damage/Armor]: Increases your Damage by 14 and Armor by 4 (Twice of each if you have both)
  • Regen - CP Type 2 [Bonus Health/Mana Regeneration]: Increases your Health Regeneration by 4 and Mana Regeneration by 1
  • Speed - CP Type 3 [Bonus Movement/Attack Speed]: Increases your Movement Speed by 4% and Attack Speed by 12%

If you have two of the same type, you get twice the bonus. For example,if you have both Combat you get 28 bonus damage and 8 bonus armor.

When ever your team captures or recaptures a point, all allied heroes in that area will get healed for 200 hp/mp, gain 150 bonus gold and bonus xp ( 4 creeps worth )


The image below has the Capture Point placement locations. 


Red = Speed
Blue = Combat
Orange = Regeneration


credited to Garena Forum and Dota Allstars.

Wednesday, May 5, 2010

Genggon : Iron Man 2 beramai-ramai

Iron Man 2. Itulah tajuk movie yang aku tengok baru ni dgn geng Genggon.

Ahli-ahlinya, aku, Kran, Mok, Odoy, Nan, Maxwell, Amirul, Epoi (manager tiket), Joe dan Husain (burgerman yg cuti hari Isnin)

Venue, Lotus Five Star (LFS) Ipoh di Bangunan Sri Kinta di Pekan Ipoh Lama berhadapan dengan TM Point Ipoh. Masa, 9:30 PM. Bilik 2. Seat, hahahaha.. yang ni la jadi pengajaran. Kalau nak tgk cite top cam nih, kena la konfirm dulu dengan pihak tiket utk dapatkan seat yang mantap. Kalau tak, haiz, letih la mendongak kepala. Apapun terima kasih jugak kat manager tiket ni kerana susah payah membuat arrangement penyusunan. Lain kali kita buat event ni terbaik lagi.

Cerita ni memang mantap. Cuma yang memotong markah kemantapan cerita ni bila tengok kat LFS nih. Apa tak nya, dah la penhuninya gelap belaka, bak kata Mok "Tanya Nan!". Dan lagi, tengah syok-syok tgk movie, boleh pulak black out! "Let me show my Ex-Wife... toing *black out*". Gelak punya gelak, sampai dalam gelap tak de apa pun boleh berdekah gelak lagi. Terbaik.

Dalam movie yang sama juga, masa scroll nama credit naik, masa tu jugak ada short preview untuk movie yang akan datang.. 
*spoiler* *spoiler* *spoiler* thor *spoiler* *spoiler* *spoiler* 
Dan tunggu la tahun depan pada musim dan sewaktu dengannya.

Habis tgk cite ni, maka kami bersepuluhpun membuat post motem di Medan Selera Sungai Rokam yang tersohor dengan AIR KELAPAnya.. 

Wassalam.

Tuesday, April 27, 2010

Rokok : Jangan Memperlekeh Perokok!

(Gambar hiasan)

Merujuk kepada beberapa blog, yang mengutuk, mencaci, dan memberi kritikan negatif kepada perokok, antaranya blog ini, ini dan sebagainya...

Aku dulu perokok. 12 Tahun. Tak tipu. Sebagai seorang perokok, tiap detik dia nak berenti merokok. Tak semua perokok dibayangkan seperti iblis dan sebagainya. Percaya atau tidak, ada antaranya perokok antara golongan yang disegani. Jutawan, Hartawan, Penulis Agung, Seniman Agung, dan sebagainya menjadi sejarah terjebak dengan rokok. Alhamdulillah aku berjaya keluar dunia rokok.

Nak tahu apa rahsia rokok? ADDICT. Tak ada contoh yg lebih dekat utk org yg addict selain dari addict Heroin, Morfin, Alcohol dan sekecik alam, kopi @ coke. Memang kasar bunyinya sebab pada tanggapan orang, "alahai, rokok, bukan ada masalah apa pun". Tapi kalau harga sekotak rokok boleh memudaratkan pendapatan seseorang, akhirnya sama seperti penggunaan dadah terlarang.

Kepada yg memperlekeh perokok, jgn semudah-mudah memperleceh org sebab setiap manusia ada maruah dan harga diri. Sekali terjebak, tahu la kenapa perokok begitu. Bila terjebak, iman @ mindset @ willpower yang kuat boleh melepaskan diri dari rantai ketagihan rokok.

Kalau nak cerita panjang, memang macam-macam perkara yang membuatkan kita terjebak dengan rokok. Setiap yang terjebak selalunya mempunyai alasan yang bodoh-bodoh belaka. Siapa sangka aku yang nerd @ skema masa belajar dulu terjebak dengan rokok? Alasan, argghh.. aku tak percaya rokok boleh ketagih. Dan akhirnya, padan muka aku untuk 12 tahun.

Dan seperti yang aku cakap sebelum ni, setiap perokok menyesal memilih hisapan pertama kali mereka. Tak boleh salahkan mereka sebab setiap manusia mempunyai hasrat ingin tahu yang tinggi. Oleh itu, aku berpesan kepada perokok yang ingin menamatkan kehidupan rokok, buat lah study, research. Aku ambil masa 2 tahun untuk berenti rokok setelah berkali-kali gagal berhenti rokok. Dan sekarang, aku BEBAS.

Akhir kata, "siapa yang makan cabai, dia yang tahu pedasnya" dan jangan salahkan cabai atau kepada yang makan cabai itu... kalau tidak, jadilah cerita "Bangau oh Bangau".

Apa pendapat anda?

Saturday, April 24, 2010

Movie Planning : Ironman 2 and Kick Ass

Sebelum ni aku banyak dah miss tengok movie. Sekarang ni nak cungkil balik hobi menonton wayang. Tak dapat wayang pun, dapat tengok DVD pun cukup la.

So movie yang akan aku start untuk bulan Mei ni, IRONMAN 2.
Aku memang fan untuk semua movie remake dari MARVEL COMIC. Kali ni dengan storyline sambungan dari IRONMAN bahagian 1. Tak sabar nak gather dengan member-member untuk layan cite nih.

Wednesday, April 21, 2010

Just Cause 2 - One down, more to go...


Baru - baru ni Khairan (adik aku) beli game Just Cause 2 ni. Bila dah start main, baru tau yang game ni boleh tahan bestnya.

Tuesday, April 20, 2010

Making simple money as CLICKS!!! - http://bit.ly/9WH1VG


At first I dont realize this thing actually works. After the registration, then I know this some kind of MLM thing too. Just search as many as friend to REGISTER under you then the MONEY generate in no time.

So, if you want to register, click here, http://bit.ly/9WH1VG or http://payperclick.com.my/?r=abangjoy

Then, we will share the outcome. Sooner you all register and searching downline, better the money generates. For time being, honestly said, that I just make RM 0.32. LOL.


Ramalan Cuaca : Hujan sepanjang bulan April 2010


Berbalik kepada 2 bulan sudah. Panas. Sampai terdetik hati ni nak sambar sebijik AIR CORD. Tapi bila tahu nikmatnya hujan, cancel nak beli air cond tu.

Sebelum ni tak pernah terpikir nak tengok ramalan cuaca. Dan ramalan cuaca oleh Weather.com sememangnya menakjubkan. Boleh la pujuk hati yang panas ni jadi sejuk bila tau esok nak hujan, ataupun minggu depan nak hujan.

So, dipendekkan cerita, setelah meneliti cuaca, Ipoh khususnya, sepanjang-panjang sehingga akhir bulan ini, HUJAN. Nikmatnya usah dikenang. Bak kata orang-orang melayu, kalau hujan kita kena angkat kain. ^^

Nikmatnya hujan, tak sabar nak balik angkat kain

Thursday, April 15, 2010

Zainuddin's Hierarchy on Facebook!


Hari ni dalam sejarah aku nak kumpulkan semua sanak saudara di dalam Facebook. Memang sudah tersedia ada group yang aku buat bagi semua sanak saudara yang tercapai oleh aku. Dan sekarang aku buat FAN PAGE utk facebook yang bertajuk Zainuddin's Hierarchy. Mari kita tengok sampai berapa banyak sanak saudara yang boleh menyertai kumpulan ini.

Tuesday, April 6, 2010

"Tanya Sama Itu Hud-hud" and BEYOND!!!

Di awal minggu bulan ini, ramai pula yang meninggalkan dunia ni. Mula² dengan tak dijangka, Arwah Din Beramboi meninggal dunia. Selang dua hari kemudian, Arwah Pak Tek Zahari pula meninggalkan dunia. Selang lagi dua hari, hari ni, Arwah Wak Alim kat kampung Perlop 3 pula meninggal dunia. Tersentap. Terkenang ayat M Nasir, "Ooh.. Sang Algojo, Ooh.. nanti dulu". Di bawah aku lampirkan keseluruhan lirik lagu tersebut.


Tuesday, March 30, 2010

Broadband Upgrade?

Blogwalking kali ni berkaitan dengan BROADBAND. Percaya atau tidak, Broadband Malaysia kita yang selama ni dah bertahun-tahun dengan ranking antara yang tercorot berbanding dengan negara-negara lain.Teruskan membaca dengan link url yang disertakan untuk maklumat terperinci.

Maklumat-maklumat ini boleh di dapati di url berikut :

Satu lagi bab ranking ni yang buat rasa TERUJA sesangat dengan tahap teknologi kita. 48? Ok le kot sebab 195 negara kat dalam dunia ni. Apapun selepas ni, diharap sangat boleh la streaming movie HD. Baru mantap dunia internet kita.

Daripada rajah di sebelah kanan, rasa macam teringin sangat nak try test tengok kelajuan internet di Korea Selatan. Lagipun, banyak online game yang dikeluarkan oleh Korea Selatan. Haiz, bila la agaknya nak ke sana.

Monday, March 29, 2010

Kerja Kosong?

Salam,

Dalam tengah jalan-jalan blog ni, aku ternampak blog kerja kosong. Walaupun aku dah berkerja tetap, aku tetap teringatkan kawan-kawan yang masih tercari-cari punca untuk mencari pendapatan. So. kepada sesapa yang berminat, tengok-tengok la kot blog ni boleh membantu. Kesahihan mengenai ruang kerja ni tak pula dapat aku pastikan. Cuma, usaha tangga kejayaan.

http://blogjawatankosong.blogspot.com/search/label/Perak

Wednesday, March 17, 2010

Reghost PC dan sebelumnya...

Di sini bukan aku nak buat tutorial untuk GHOST pc atau sebagainya. Tapi saja nak logkan apa yang aku buat kat PC aku hari ni.


Sebelum menulis panjang untuk log apa yang aku buat kat PC aku, aku nak logkan juga apa yang aku dah buat 2-3 hari ni. Yang paling penting, aku ambil cuti 2 hari yang bermula dari semalam. Kononnya nak memperbaiki kereta yang masalahnya berkait dengan windscreen dan sistem pengera. Dan memang niat untuk memperbaikinya, tapi entah kenapa mood malas tu tetiba datang. Entah, malas ke? Panas kat luar tu kot yang buat aku malas nak keluar. Lagi pun semalam aku dah pergi ke AM Bank Jalan Yang Kalsom kat tengah Bandaraya Ipoh dan dapatkan salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Car Grant). Mungkin silap aku juga yang bangun lambat pagi tadi (dah dua pagi jadi benda yang sama atau memang susah nak bangun pagi).

Saturday, March 6, 2010

Jalan-jalan Blog : Ariedrifke dengan TIPS beliau!

Salam,
Setelah berpenat lelah membaca blog blog diluar sana, aku dah dapat bahasa baru untuk para blogger ni. BLOGWALKING! Atau dimelayukan sebagai Jalan-jalan Blog. Blog berjalan pun boleh kot. Apa pun motifnya, TRAFIK! Tapi nak kata spam pun boleh juga. Apa pun, sesapa yang baca blog ni, cuba tengok kepada En. arieDRifke yang menulis panjang lebar mengenai BLOGWALKING.

Ini adalah link kepada tips blog walking beliau. Terima kasih le sebab kongsi maklumat begini.
http://mathsensei.blogspot.com/2009/12/tips-blogwalking-secara-bijak.html

Dan aku dapat maklumat ini pun dari artikel asal beliau di sini.
http://mathsensei.blogspot.com/2009/12/tips-dapatkan-buffered-earning.html
Yang banyak menekankan kisah masyukkk...

Dan asalnya pun aku dapat petikan ini dari Nuffnang Innit (Forum? ataupun macam twitter kot) yang menyenaraikan top blog untuk kutipan undian tertinggi sepanjang tahun sudah.

Tambah lagi, yang ini pula bagi yang berjaya menge'cash'kan duit beliau (melur apa tah namanya..).
http://mycolourfulonlineworld.blogspot.com/2010/03/yepiiinuffnang-chq-is-on-way.html

Cukup untuk malam ini jalan jalan blog..
Salam..

Iklan : Inline Coding

Saja test post ni tgk inline advertising. Here we go...

Ini adalah Inline Coding bagi nuffnang adverting coding,

<!-- nuffnang -->

<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "43d0020336581e3e1ec5b9ed0a57a2f7";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->

dan hasilnya adalah seperti berikut





Saja buang masa. Lagipun kalau iklan ni tetiba terkeluar, baru aku masukkan ke dalam post aku yang lain. :-P

Wednesday, March 3, 2010

Aku dah O-K-E-Y!

Assalammualaikum,

...dilanjutkan dari artikel sebelum ini.

Tutek,

Setinggi-tinggi terima kasih untuk ko tutek kerana bersusah payah meluangkan masa untuk meredakan aku (harap-harap itu niat ko).

Aku dah baca dan paham maksud setiap ayat ko. Dan alhamdulillah aku dapat rasa seperti mana kidi nasihatkan ko dengan ayat pendeknya, "tek jgn sengal, game je nie.". Semalang-malang ko pada hari malang yang ko ceritakan, masih ada orang yang ingatkan ko tentang langit dan bumi. Aku mungkin terlambat sikit untuk reda, tapi aku dah ok sekarang ini. Simple je ayat kidi, aku dah boleh gelak balik.

Monday, March 1, 2010

Mohon maaf kepada kawan-kawan...

Assalammualaikum,

...sambungan dari tajuk Dota : Rehat untuk seketika.

Tutek,

Aku hormat ko sebagai kawan aku yang beranikan diri memberi komen dan hujah dengan teratur bagi post aku sebelum ini. Biar aku ulaskan balik bagi maksud penulisan aku sebelum ini.

Aku dah baca seluruh komen ko(tutek) dari 1 hingga 3. Betul apa yang ko cakap. Cuma situasi ini terkena kat batang hidung aku.

Yang pertama ko cakap aku emo. Ko tak pernah emo ke tutek? Manusia bro. Mana ada yang sempurna. Aku tulis ni pun atas luahan hati aku. Aku luah, tak nak simpan. Siapa terbaca kat sini, tahu la bertapa teruknya keadaan aku seperti seorang penakut yang hanya membesarkan suara di perkarangan ini. Selalunya aku tak pernah luahkan kepada sesiapa atau tulis di mana-mana. Kali pertama dalam hidup aku bila aku tuliskan kesemua isi hati ke dalam blog ini. Dan aku lega. Tapi yang tak baiknya kepada kawan-kawan aku yang akan menarik muka apabila terbaca pada tulisan aku ini. Perhatian, ini kali pertama aku buat macam ni.

Saturday, February 27, 2010

Dota : Rehat untuk seketika

Seperti yang tertera tajuk di atas, aku akan mengambil masa untuk berehat seketika. Setiap malam menghabiskan masa untuk dota dan setiap malam juga aku habiskan duit aku yang tinggal tak seberapa ini. Untuk apa? Ya, untuk kalah dan kalah sepanjang minggu ini. Hahaha. Emo? Bukan masalah emo atau tak, masalahnya aku ingatkan boleh enjoy bermain dota, tapi tidak, sebab ramai lagi yang lebih enjoy daripada tu. Minta maaf la kalau pemain terkurang sorang selepas ini. Pisang kalau ko terbaca artikel ni, aku memang bengang sangat kat hang! Sebab? Sebab tu la ko tak pernah lekat dengan awek. Muahahahaha...

Friday, February 26, 2010

Dota : Kidi balik Ipoh dan dilaukkan..?

Perlawanan malam ini adalah perlawanan malam jumaat bersempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan malam ini aku boleh berjaga lewat sikit. Malam Jumaat? Aku membujang minggu ini disebabkan isteri dihantar ke kampung kerana dia dalam pantang sehingga hujung bulan hadapan. Berbalik kepada cerita dota, malam ini aku sempat bermain untuk 2 perlawanan yang terakhir sahaja. Ramai ahli dota untuk malam ini. Kidi pun balik dari Penang untuk melaukkan diri pada malam ini...

 

Tuesday, February 23, 2010

Balqis : Jemput makan Maggi...

Ini adalah aksi makan mee maggi oleh Balqis. Kalau dah mula makan, kiri kanan pun dah tak nampak.





Dota : Round Tunggal lebih baik dari TIADA

Malam semalam adalah malam yang kurang bertenaga bagi Gamers di Ipoh Rock City ini. Mana tak nya, Nan, Husin dan Bobo baru habis kerja menahan cahaya matahari yang panas terik (terciptalah nama PakTam, Macha dan Mamu). Kemudian, Apit pula ada hal katanya, so seround saja yang dia mampu. Aku pulak, dengan alasan esok kerja. Oleh itu, Satu Round lebih baik dari tiada langsung. Walau bagaimanapun, Tutek, Mok dan Epoi teruskan perjuangan mereka apabila tamatnya Round pertama dengan bertarung di Battle Lan Online...

Monday, February 22, 2010

Dota : Nan menggantikan Rekod Aku Tanpa Kemenangan

Ya. Terima kasih kepada Nan a.k.a. Pak Tam (bukan nama sebenar) yang telah mengambil tahta aku sebagai insan yang bergelar "Rekod Tanpa Kemenangan" pada malam ini. Aku berjaya menyerahkan rekod tanpa kemenangan yang hanya berpanjangan selama 2 hari berturut - turut. Dan jangan sampai rekod berturut sehingga 7 hari yang telah direkodkan oleh salah seorang kawan kita pada suatu ketika dahulu...

Sunday, February 21, 2010

Dota : Nasib baik Apit berjaya membunuh

Seperti apa yang terlulis di tajuk, Apit berjaya menebus angka kosong bagi aksi membunuh di dota. Aksi tersebut berlaku di Round 3, iaitu di round terakhir bagi setiap perlawanan. Laungan Epoi menjerit, "CEPAT KASI ABIS GAME!!!.." pasti membuat Apit tidak menentu. Tambahan pula, kesemua pihak lawan aim habis-habisan membunuh Apit untuk mengekalkan rekod "0 Kill" bagi beliau. Walau bagaimana, happy ending untuk beliau setelah berjaya membunuh Ole ketika itu.

Saturday, February 20, 2010

Dota utk hari ini...

Mok ada bagi idea, "Pekate ko buat blog utk dak2 main dota nih?". Bila balik pikir, best jugak kalau bukak journal simpan semua game yang dah main, walau hari ni aku kantoi ketiga-tiga game. So, post ni maka tercipta la log dota yang aku habiskan RM 5 setiap hari..


Friday, February 19, 2010

Pe yg ku buat hari nih...

Aku baru terjumpa link apps networkblog dalam facebook.. so hentam sana sini, dah siap link dalam facebook aku. Pastu terlebih rajin sket, taruk la sama kawan aku punya link. Antara member aku yang sempat taruk, mok dgn zool.. Arep punya blog mcm ada limited user je leh tgk. Rasanya adult content kot. Yang lain nanti kalau aku sempat aku taruk lagi.. Terima kasih utk kawan aku nama azamnecrone nih je yg buat aku gagau sana sini smpai jumpa apps nih.

Ni kelam kabut sket bukan pe.. tadi Nan call nak main dota kasi jumpa awal sket.. Ni pun dah lagi 10 minit nak kul 9. Makan pun belum lagi.. So stakat ni je la aku nak menulis pun walau dalam kepala ni mcm2 nak cite rasanya.. So kepada geng dota, ada pantun 2 kerat nak kasi..

Skodeng cekup bukan main berani,
  Laukku cukup masin malam ni.

Thursday, February 18, 2010

Adohai

Hari ni keje membaca blog org je.. tak leh celen dgn org nampaknya sebab aku bukan jenis creative... Nak menaip pun satu hal.. pe cite nak taruk pun satu hal.. Belasah je lah.. asalkan menulis. Tak pernah tertulis dalam bloodline aku jadi jounalist nih..

Tu je la cite utk hari nih. Banyak benda kena tgk org dulu sebelum nak bukak cerita kat sini. Pe pun, lepas nih nak taruk cite pe pun aku tatau.. Ni pun dah berejam duduk depan PC kat rumah ni dok tgk blog org je.. kagum, tapi bila bandingkan dgn blog aku.. hahahah, no comment. :-P

Testing blogging via mail...

Testing.. and this post using my yahoomail as 1st step.. I'll test using my phone and see how much charge it will..

Myself


Pix taken at smoking zone around lhdn ipoh. This is my last time smoking at workplace. Pix taken couple weeks ago..

Tuesday, February 16, 2010

1st Day mengunakan Blogger

Tgk tgk ramai mcm start blog nih.. so aku pun try le buat satu test dulu..

Blog atau nama lainnya adalah online log atau journal atau diary.. so aku akan update apa cite yg aku lalui dsbnya...

Cite menarik hari ni, aku dapat BETA KEY Heroes Of Newearth dari mat saleh, Oscar, facebook's user.. thank alot Oscar. Lepas tu download program utk test je la.. ni pun tgh download.. siap nanti leh test main.. hehehe

Wednesday, January 20, 2010

Bola petang-petang

Bola petang-petang. Itu la ayat yang digunakan untuk bermain bola yang tak melibatkan sebarang kos (kecuali minum selepas abis game).

So gambar di bawah diambil pada 12.1.2010. Di mana ketika itu, JJ masih ada lepak di Ipoh. So, bola petang-petang lah tempat beriadah gelak bersama. (Macam kenal je mamat ni.. prankster kat TV3 tu rasanya)


JJ parut tersenyum lebar

3 Striker kaki kiri dan kanan