Monday, February 22, 2010

Dota : Nan menggantikan Rekod Aku Tanpa Kemenangan

Ya. Terima kasih kepada Nan a.k.a. Pak Tam (bukan nama sebenar) yang telah mengambil tahta aku sebagai insan yang bergelar "Rekod Tanpa Kemenangan" pada malam ini. Aku berjaya menyerahkan rekod tanpa kemenangan yang hanya berpanjangan selama 2 hari berturut - turut. Dan jangan sampai rekod berturut sehingga 7 hari yang telah direkodkan oleh salah seorang kawan kita pada suatu ketika dahulu...

Berikut adalah maklumat detail bagi perlawanan bertarikhkan post ini.

Round 1
Sentinel - Apit, Tutek, Bobo, Zool, Mok (Menang)
Scourge -  Aku, Pisang, Ole, Nan, Epoi

Perlawanan pusingan ini adalah pusingan pemanasan badan. Dan sememangnya perlawanan ini berjaya memanaskan badan dan hati bagi pemain yang kalah. Kill Death Ratio yang sama banyak 35/35 membuatkan perlawanan ini agak menarik. Walau bagaimanapun, pasukan Sentinel berjaya membuat asakan sehingga ke last line defend dan merampas tahta kerajaan negeri Scourge.

Round 2
Sentinel - Apit, Epoi, Tutek, Zool, Pisang (Menang)
Scourge -  Ole, Mok, Bobo, Aku, Nan

Perlawanan ini mengingatkan aku apabila Tutek memberi tips di dalam perlawanan. Beliau berpesan, "Hai abangjoy, takkan tak berbau kemenangan lagi nih.. dah nak masuk 3 hari nih.. hehehe". Waktu itu, hanya tuhan saja yang tahu bertapa-tapa la hati ini menahan-nahan tau. Tambahan pula dengan pesanan Mok, "Oh, abangjoy kita la orang harapan nih..". Ya, sememangnya memainkan watak Lion adalah harapan di dalam pasukan untuk menyekat kegemukan pasukan lawan. Malangnya perkara sebaliknya yang berlaku disebabkan aku masih belum terbuka hati untuk menguruskan pihak lawan.
 
Round 3
Sentinel - Epoi, Aku, Zool, Ole (Menang)
Scourge -  Bobo, Nan, Tutek, Mok

MENANG!!! Itulah perkataan yang bergema di dalam hati dengan ekspresi senyum yang menampakkan gusi aku walau ada beberapa suara yang masih nak meng'down'kan aku. Aku berjaya dengan tidak memanjangkan tahta Tanpa Menang yang hanya berlarutan selama 2 hari sahaja. Perkara seperti, "Mana kill ko abangjoy?" sudah tidak menjadi alasan bagi aku untuk melepaskan tahta yang paling mengaibkan. Walau bagaimanapun, aku berjaya meraih ASSIST Terbaik utk pusingan ini. Dan teramat-amatlah berbaloi-baloi bagi pasukan aku meraih kemenangan apabila bertembung dengan pasukan yang dibarisi oleh pemain yang pro belake seperti yang tertulis di atas.

Keputusan Keseluruhan.
  • Kalah tanpa menang untuk hari ini jatuh kepada Nandasyat a.k.a. Pak Tam!!!
  • Pemecahan rekod tanpa menang oleh aku selama 2 hari MAX!! (Jangan lupa bahawasanya ada yang rekod sampai 7 hari tau...)
  • Menang tanpa kalah untuk hari ini, Apit dan Zool.. tepukan kepada mereka berdua (jaga - jaga, malam esok kompem orang cari.. hehehe)

p/s : kengkawan, sila komen...

12 comments:

Faisal Admar said...

wah! aktif betol main game lg. ro da x main ke

Zulkarnein said...

RO dah berkurun aku tak main bro. Ni tgh musim dota je. Hehehe

Zolraya said...

Haha, sekarang Nan yang pegang Crown tu ek. All the best Nan. Pegang Mahkota tu lama-lama sikit. ;-p

born82 said...

abang joy.. menang tanpa pembunuhan ibarat tak ada jer dalam game.. ehehe
jangan marah..


Syabas nan

Encyclopedia Discovery said...

taniah kepada paktam.. bak kata bobo kekalahan ''mesti mari''

apepun taniah pada abg joy.. xde bile nye x membunuh x membantu... sesungguhnye tanpa tanker abg joy x akan menang juga..

perahu xkan bejalan sendiri kalu xde org nak mengayuhnye ngeh3

Zulkarnein said...

Zool : Nan pegang kejap je untuk malam tu. Malam semalam main dia dah lepaskan tahta tu. Game semalam tak ada orang, so 1 game je yang sempat main pun.

Zulkarnein said...

Born82 : Kalau tak ada dalam game, sapa nak jawab pulak bagi assist terbaik tuh? Hehehe..

Zulkarnein said...

Encyclopedia Discovery : Ya! Setuju 100%

Zolraya said...

hahaha.. Semalam 1 game je ker?
Macam aku, aku tak kisah bunuh ke tak. Aku pentingkan menang dari membunuh. ;-p

Zulkarnein said...

Zolraya : Semalam aku terlibat satu game je. Ada yang lain sambung main kat battlelan sebab tak cukup org nak vs nye.

Tak semua orang feel membunuh. Mcm aku lebih feel kepada assist terbaik cukup!

meth 。スカーレ said...

bila la nama aku nak ada kat dalam sini haha :D

Zulkarnein said...

Aemeth : Akan diusahakan. Hehehe