Wednesday, September 1, 2010

Dota : Merdeka Game

(Wikipedia - Jalur Gemilang

Merdeka, merdeka, merdeka.

Tatkala merdeka dilaungkan, ada segelintir penghuninya yang masih memperjuangkan semangat baktinya kepada negara. Walaupun tidak mengunakan sebarang senjata, tidak menumpahkan darah, namun peperangan diteruskan bagi menghidupkan kembali semangat juang moyang-moyang kita yang telah berkorban dipentas merdeka. Hari Kemerdekaan yang ke-53 disambut meriah di teratak Magic Surfnet Station, Ipoh Jaya, dengan berkumandangnya laungan seperti "First Blood", "Monster Kill", dan sebagainya.

Antara perwira terhandal yang berjuang bermati-matian adalah seperti berikut,
  • Mok(bukan nama sebenar) - balrog bagi nama samaran malam ini,
  • Nan (bukan sejenis roti) - Mok Lembut, nick kali ini untuk melembutkan Mok.
  • Moja (masin seperti biasa) - Garam, antara makan yang memberikan tekanan darah tinggi
  • Arep (apa entah aku nak komen) - tyrafing, try google apa maksudnya...
  • Husin (burgerman) - AgaliarepT, sejenis lauk rasanya, kalau ditanya kepada Mok,
  • Apit (killer fulltimer) - NinjaInPyjamas, nick sempena peristiwa menjadi ninja waktu bersahur,
  • Joe (artis jemputan) - King Noobie, dan sesungguhnya memang newbie dalam dota,
  • frogskin + Chunin - sorri le aku tak pasti yang mana satu Lan dgn Epit, sebab aku tak peka kot..
  • aku - multiVitamin, bagus untuk kesihatan badan.
 Round 1
Replay_2010_08_31_0010.w3g

Round 1, pertembungan antara perwira yang legend dengan wirawan yang kurang legend. Sentinel dibarisi oleh Aku, Joe, Moja, Epit dan Lan yang sudah tentu dizalimi oleh pihak penentang Scourge, Mok, Nan, Apit, Arep dan Husin. Antara perkara menarik dalam pertembungan wira-wira perlawanan ini adalah serperti berikut,
  • Perlawanan berat sebelah, jikalau mengikut FIFA rating sistem seperti Spain membelasah Malaysia.
  • Mok "ter" bunuh Joe yang baru berjinak merpati. Diulangi, "TER.."

  • Penentang berani mati yang tewas hampir mencipta sekali lagi "team telur".
 Round 2
Replay_2010_08_31_0056.w3g

 Round 2, Sentinel dibarisi oleh Mok, Nan, Epit, Lan dan Joe yang tewas kepada Scourge yang mantap iaitu, Arep, Apit, Aku, Moja dan Husin. Dan sekali lagi gerombongan Epit, Lan dan Joe kecundang akhirnya. Antara peristiwa menarik round kali ini,
  • Apit sbg tanker yang menggunakan Lortar.
  • Aku yang hampir melaungkan Rampage, tapi cukup setakat Wicked Sick
  • Husin dengan punuh BANGGA nya, berjaya menapau mok dengan kedudukan 3-0
  • Epoi memberi tunjuk ajar bagaimana membunuh kepada Joe yang akhirnya diburu oleh pihak lawan.
Bagi menutup konflik alam maya di mendung purnama ini, Round 3 tidak dapat aku rekodkan mungkin disebabkan perasaan yang harum mewangi setelah aku menempah kemenangan utk mlm ini sebanyak 2-1. Dan diantara perwira yang dapat disimpulkan sebagai penyimpul pasukan adalah Lan Penyu kerana beliau memegang title 0-3 utk mlm ini. Sekian saja komentar dari saya yang kurang mencetuskan diri di alam dota. Moga bertemu lagi di alam ini pada hujung minggu berikutnya.