Tuesday, April 6, 2010

"Tanya Sama Itu Hud-hud" and BEYOND!!!

Di awal minggu bulan ini, ramai pula yang meninggalkan dunia ni. Mula² dengan tak dijangka, Arwah Din Beramboi meninggal dunia. Selang dua hari kemudian, Arwah Pak Tek Zahari pula meninggalkan dunia. Selang lagi dua hari, hari ni, Arwah Wak Alim kat kampung Perlop 3 pula meninggal dunia. Tersentap. Terkenang ayat M Nasir, "Ooh.. Sang Algojo, Ooh.. nanti dulu". Di bawah aku lampirkan keseluruhan lirik lagu tersebut.




M Nasir - Tanya Sama Itu Hud-hud









Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan



Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari



Kenapa aku pilih lagu ni? Sebab aku terkenang zaman ehwan muzakarah anak-anak dan cucu-cucu Arwah Zainuddin di Padang Rengas. Masa tu zaman hebat bermuzakarah sesama ehwan berkenaan Tauhid. Ilmu Tauhid, ilmu untuk mengesakan Allah. 

Aku ingatkan tak ada lagi orang yang kupaskan maksud bagi lagu ni. Rupanya dah ada. dikupas oleh Musafir Cyber, dan aku amat bersetuju seperti mana yang diperkatakan. Walau bagaimana pun, masih tidak berapa lengkap kupasannya. Walau apapun, mungkin M Nasir atau penulis lagu ini sendiri boleh jelaskan maksudnya yang lebih mendalam.

Untuk makluman, lagu ini telah menjuarai Juara Lagu 1994 dan ketika ini juga lah aku terlantar di wad Hospital Parit Buntar selama seminggu kerana demam panas kelibat durian. Masa ni juga la aku teringatkan yang aku hampir hampir mati. Apapun, ajal maut di tangan tuhan.

Wassalam.

2 comments:

Labu said...

Menarik. Ingatkan lagu ni saja2 seronok dek MNasir je. :-P

nebular said...

minat gak kat m.nasir ni.....makseh jengok blog kita tadi.