Saturday, February 27, 2010

Dota : Rehat untuk seketika

Seperti yang tertera tajuk di atas, aku akan mengambil masa untuk berehat seketika. Setiap malam menghabiskan masa untuk dota dan setiap malam juga aku habiskan duit aku yang tinggal tak seberapa ini. Untuk apa? Ya, untuk kalah dan kalah sepanjang minggu ini. Hahaha. Emo? Bukan masalah emo atau tak, masalahnya aku ingatkan boleh enjoy bermain dota, tapi tidak, sebab ramai lagi yang lebih enjoy daripada tu. Minta maaf la kalau pemain terkurang sorang selepas ini. Pisang kalau ko terbaca artikel ni, aku memang bengang sangat kat hang! Sebab? Sebab tu la ko tak pernah lekat dengan awek. Muahahahaha...


Round 1:

Sentinel : Menang
Tutek (Sladar)
Epoi (Silencer)
Pisang (PL)
Nan (TerrorBlade)

Scourge :
Aku (Panda)
Zool (Lanaya)
Kidi (Chaos Knight)
Mok (Beast Master)

Game kali ini paling panas buat aku. Sampaikan aku termimpi-mimpi dibuatnya. Hati panas apabila dalam proses nak berhenti merokok agak mencabar. Kalau ada keris di pinggang masa tu, ada yang mengamok kot. Hahaha. Zool masa ini pun boleh tahan panas juga rasanya. Cuma beliau tak bercakap, apa yang dia buat adalah menyorokkan hero beliau ke dalam hutan pelusuk hujung dunia di sebalik telaga. Panas disebabkan tekanan yang tak dapat membunuh di dalam game ini. Pelik kan? Game pun boleh kasi panas. Ingatkan bos marah je boleh kasi panas darah ini. Dalam masa yang sama, aku rasa aku dalam kerugian.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3) 

Round 2:

 Sentinel :
Tutek (Sniper)
-- mamat lari bayar duit cyber 10jam (Panda) --
Aku (Warlock)
Kidi (Beast Master)

Scourge : Menang
Mok (Bear)
Nan (Treant)
Epoi (PL)
Zool (Axe)

Game kedua, seperti yang dijangka. Kalah lagi. Tekanan bertambah tambah apabila Zool pula dipihak yang menang. Aku cemburu, dengki. Dan lagi, dia pula menggantikan tempat pisang. Membunuh tak putus-putus. Mencari aku di mana pelusuk sekalipun. Ultinya disimpan KHAS untuk aku. Tekanan. Nak buat macam mana, memang tuhan saja nak tunjuk kat aku kot pasal ayat kat atas tu. Bila dalam keadaan begini baru la nak ingat tuhan. Subhan'Allah (Glorious is God). Pelik lagi. Main game boleh sampai ingat tuhan ye...

Round 3:

Sentinel : Menang
Aku (Enchantress)
Nan (Skel King)
Kidi (Bloodseeker)
Mok (Rikimaru)

Scourge :
Zol (Bat Rider)
Epoi (Bane Wolf)
Pisang (Furion)
Tutek (Faceless Void)

Game terakhir. Humble. Terima seadanya. Nak buka mulut pun dah segan. Enchantress, itu la hero terakhir aku main malam ini. Erm, main macam nak tak nak. Menang, tapi selera dah tak ada. Main pun sebab ada baki masa pakej yang diambil. Habis main pun, pergi minum di Rahim pun dah macam nak tak nak. Sesampai aku je kat rahim, semua angkat kaki. Tinggal la aku dengan Joe sembang mengenai XBOX. Apa pun, mungkin ini kerja tuhan. Qada' dan Qadar. Ianya rukun iman yang terakhir.

Akhir kata, maaf la kalau ayat aku ini terkasar. Tapi ini luahan hati yang aku tak boleh simpan lama-lama. Memang aku dalam keadaan tersepit sekarang ini. Antara sebab aku berhenti merokok, kewangan. So, no more dota from today. Aku akan teruskan usaha blog aku dengan acara lain pula. Anak? Ya, dah ada 2 orang puteri kesayangan yang menanti kepulangan aku minggu ini. Sayonara dota.

As-Salamu Alaykum (Peace be upon you)

8 comments:

kRanRan said...

hmmm nk nges pon ade bce komen nie :D
btw, abgjoy.. rehat2 la maen dota nie yep :)
bese ler, law maen gme nie kadang2 sronok ble mng slalu tu, tp law terkene mud jd lain :)
lepak la kt ruma nie, XBOX xde sape maen kn??
lagi pon simpan la duit utk puteri2 nk besar nnt :D
ahah! adiah kran xdpt lagi !! haha :DD
law bole nk krete :PP krete datson ke watsagon ke jdi laa :PP hee~

(mate brair2 bace blog nie.. the best )

Zulkarnein said...

kRanRan : Terima kasih la sebab memahami. Bak kata orang, "Teman ketawa di mana-mana, Sahabat berduka sukar dicari"

szam said...

salam bro....kalu main smpai kalah kan semua pemain kat malaysia baru best bro..hehee..

Zulkarnein said...

szam : Lepas tu nak kalahkan satu SEA pula. Kemudian nak kalahkan satu ASIA pula, DUNIA dll. Hidup tak pernah puas. Hehehe.

Anonymous said...

Aku takde account kat sini lagi so aku guna anonymous.ko gelar aku tutek dlm blog ko nie.aku dah baca "Dota:Rehat untuk seketika". aku rasa aku bertanggungjawap sebagai seorg kawan untuk komen cerita ko nie.komen ikhlas aku: Ko Emo dan ko kena sedar ko memang emo.ok abis bab emo. Bab pisang lak. aku rasa kalau ko tak puas hati ngan pisang ko ckp le ngan dia.. dah le game belum abis ko dah maki dia. 2nd game ko guna nick pisanggampang. 3rd, dlm blog "suka hati aku(joy)" ko tak kasi sebab ko bengang ngan pisang. ko cuma kutuk takde awek lekat kat dia. ape nie bro. rezeki masing2, surah demi masa tu ko baca le balik. perhatikan "beriman,beramal soleh dan seterusnye" .org beriman akan menjaga silaturrahim :D.aku rasa agak sedih le, ko tahu pisang emo dan aku tahu ko emo.emo ngan emo aku rasa kena cari jln yg sesuai nak meluahkan perasaan untuk menjaga silaturrahim, baru le kita sama2 leh menjadi org yg benar2 beriman :D ... ok aku post nie dulu.. ade byk aku nak komen nie

Anonymous said...

Ok komen aku no 2. aku memang suka komen.kalau ko tak suka ko leh delete komen aku.kalau komen aku kena delete hehehe aku tak masuk dah page ko nie.. so kurang le sorang bakal sumber income ko... 25cent :P.. nie aku nak komen bab gaming.. aku dah byk kali rasanye kasi tahu kat kawan2 aku.. game untuk seronok.. mula2 set target rendah supaya tak kecewa.kalau kecewa game bukan untuk seronok. jadi aku harap bila ko nak join game yg melibatkan manusia (lan/wan(online))jgn letak harapan terlalu tinggi. contohnye dota, jgn letak harapan untuk menang, cukup sekadar aku nak dpt 1 kill je sebagai permulaan.mesti ko ckp ape cite main game taknak memang, persoalannye, seronok bila menang ke atau seronok kalau dpt berseronok ngan kawan2. ko pikir ko pilih. suka hati ko. okey sambung, bila ko dah ade kill, baru pikir "patut ke aku set nak menang nie".jgn risau kalau tak menang dota, kawan2 kutuk skit je, ko leh counter dengan org yg ko kill. mudah sebenarnye nak pas pas mohar nie hehehe okey abis bab game n mind set :P... aku sambung ngan no 3 lak

Anonymous said...

ok aku rasa nie komen aku terakhir untuk artikel ko nie... no 3 aku nak komen. kesimpulan untuk keseluruhan.
Penulisan, aku pun tak terer sgt (tak terer sgt bermaksud aku terer skit2 je... poyonye aku) okey, pembaca dapat menilai character penulis dengan membaca cara penulisanya. Penilaian aku, cerita ko nie melibatkan emosi ko, kehidupan ini indah dengan adenya emosi tetapi kehidupan ini lebih bermakna sekiranya kita berjaya menguasai emosi. ini ayat aku, aku tak cilok ayat org... ko pikir2kan le joy.................... okey untuk pengetahuan ko sebagai muslim kita digalakkan untuk menuntut ilmu (ade byk cara,bykkan membaca atau bertanya atau sebagainye) bykkan lagi membaca joy, dan bykkan lagi bertanya... (Al 'Asr 103: 1-3) tak sesuai untuk letak kat situ... kenapa? jgn tanya aku soalan sebab aku dari dulu tak suka jawap soalan. aku kasi ko hint, lepas ko solat wajib, ko buat solat sunat 2 rakaat pastu ko doa untuk dpt ketenangan. pastu ko baca balik arikel ko nie tanpa perasaan, menilai le setiap ayat yg ko tulis dan kaitan setiap ayat. semoga ko berjaya untuk mendapat jawapannye .... ikhlas dari aku.. bila aku kasi komen ikhlas aku tak peduli perasaan org lain.. itu aku kalau ko belum kenal :D

Zulkarnein said...

tutek : sila lihat link ini untuk penjelasan lanjut aku.

http://abangjoy.blogspot.com/2010/03/assalammualaikum.html