Wednesday, March 3, 2010

Aku dah O-K-E-Y!

Assalammualaikum,

...dilanjutkan dari artikel sebelum ini.

Tutek,

Setinggi-tinggi terima kasih untuk ko tutek kerana bersusah payah meluangkan masa untuk meredakan aku (harap-harap itu niat ko).

Aku dah baca dan paham maksud setiap ayat ko. Dan alhamdulillah aku dapat rasa seperti mana kidi nasihatkan ko dengan ayat pendeknya, "tek jgn sengal, game je nie.". Semalang-malang ko pada hari malang yang ko ceritakan, masih ada orang yang ingatkan ko tentang langit dan bumi. Aku mungkin terlambat sikit untuk reda, tapi aku dah ok sekarang ini. Simple je ayat kidi, aku dah boleh gelak balik.

Cukup setakat ini rasanya bagi cerita emo ni. Buat malu je lelaki emo. Hahaha. Eh, tapi tak salah rasanya, baru tahu diri ini nomal. Walaupun sesetengah orang rasa meluahkan perasaan di dalam penulisan kurang sesuai. Mungkin cara meluahkan perasaan dengan cara bercakap di hadapan cermin atau dengan kucing lebih baik. Tapi cara yang terbaik bagi aku meluahkan perasaan apabila berdoa dengan tuhan. Dan itu lah yang cara yang aku jumpa bila aku dah tak boleh tidur 2-3 hari selepas malam yang malang itu.
 
Arakian sudah cerita Dota : Rehat untuk seketika. Aku akan mulakan balik selepas aku dah "pro tahap dewa untuk menuntut bela", bak kata Kanchan Tirana Moden. Err.. tak pun tunggu bonus aku keluar kot. Insya'Allah, kalau betul apa yang digembar gembur di tempat kerja aku ini, akan aku open table untuk geng Gengone ini.

Khas untuk pisang, "Sedangkan lidah lagi tergigit,...". I love you bro!
 
Dan kepada semua yang lain,
Luangkan masa untuk baca artikel aku yang sebelum-sebelum ini dalam versi bahasa inggeris. "Ketawa penawar duka"

12 comments:

Zolraya said...

kk.. comolot sekali..

ahahahaha..

lega dah... baru ler magic meriah balik.. hehehe

Anonymous said...

rt

Anonymous said...

Nice spirit

Kalah hari2 sampai berminggu2 x bermakna kita akan kalah selama-lamanya. Teruskan usaha tanpa gagal anda. Jgn jadikan kelemahan satu alasan.Kadang bila selalu kalah baru kita sedar ape kelemahan kita. Sentiasa proactive dalam dota. hoho.

Sekian saja dari saya yg jauh di negeri org. -Unknown-

Encyclopedia Discovery said...

syukur le semua dah setel... rasenye semua dah kembali seperti biase.. lepas nih bole le melauk dgn aman wakakakaka ( jgn marah gurau je )

p/s : ha abg joy kena bonus jgn lupe kepada beta... nak merasa pizza hut satu~~~ heheheh

ni sape yg anto comment

"" Sekian saja dari saya yg jauh di negeri org. -Unknown- ""

emm takkan JJ parut kot

meth 。スカーレ said...

alhamdulillah le dah ok =D
takde abang joy, bosan lak rasa hehe. kalau tak tu ada gak boleh kongsi2 ilmu kat sebelah.

Hazwan A. said...
This comment has been removed by the author.
Hazwan A. said...

yahaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!mari la mendota MAX

Zulkarnein said...

zool : hah.. tadi dah dota.. ok je janji kita main pokok kat fountain buat "Chamber of Secret"

Zulkarnein said...

Unknown : Terima kasih dengan tips yang diberikan. Orang jauh ni bila nak balik ke negeri sendiri?

Zulkarnein said...

epoi : Bab open table tu, doa-doa kan teman dapek bonusss.

Bab Unknown ni, rasa macam nick si Syapik. Lama tak tengok skill beliau main. Tahun 2010 mesti dah lain punye..

Zulkarnein said...

Arep : Ilmu aku tak sehebat mana. Mungkin aku kurang latihan kot bab dota ni. Harap-harap aku lebih bersedia selepas ni.

Zulkarnein said...

Bobo : Jap tadi dah main.. ok je kot dah skrg ni.. hahaha. Janji ada benda nak buat bila dah tak boleh blah.. macam yang aku buat kat dalam hutan dengan zool game 2 dengan game 3. :-P