Monday, March 1, 2010

Mohon maaf kepada kawan-kawan...

Assalammualaikum,

...sambungan dari tajuk Dota : Rehat untuk seketika.

Tutek,

Aku hormat ko sebagai kawan aku yang beranikan diri memberi komen dan hujah dengan teratur bagi post aku sebelum ini. Biar aku ulaskan balik bagi maksud penulisan aku sebelum ini.

Aku dah baca seluruh komen ko(tutek) dari 1 hingga 3. Betul apa yang ko cakap. Cuma situasi ini terkena kat batang hidung aku.

Yang pertama ko cakap aku emo. Ko tak pernah emo ke tutek? Manusia bro. Mana ada yang sempurna. Aku tulis ni pun atas luahan hati aku. Aku luah, tak nak simpan. Siapa terbaca kat sini, tahu la bertapa teruknya keadaan aku seperti seorang penakut yang hanya membesarkan suara di perkarangan ini. Selalunya aku tak pernah luahkan kepada sesiapa atau tulis di mana-mana. Kali pertama dalam hidup aku bila aku tuliskan kesemua isi hati ke dalam blog ini. Dan aku lega. Tapi yang tak baiknya kepada kawan-kawan aku yang akan menarik muka apabila terbaca pada tulisan aku ini. Perhatian, ini kali pertama aku buat macam ni.
 
Aku bukan jenis berani sound tepek terus kat orang yang aku tak puas hati. Ini cara aku. Aku cintakan kedamaian, walau membakar diri menerangi yang lain (ye la kalah je..). Ada aku penting diri selama ni bila berdepan dengan kawan-kawan? Tapi kalau dah kena pijak berkali-kali, sesekali terkeluar la benda macam ni.
 
Dengan ringkas sekali lagi aku ulas sedikit mengenai perlawanan sebelum ini. Sebelum perlawanan, aku dah sememangnya setkan minda aku kepada serendah-rendah harapan. Aku pun pernah main segala permainan yang melibatkan orang. Dan setinggi-tinggi pencapaian aku, Catur peringkat Negeri di zaman sekolah dan Catur Peringkat Jabatan apabila masuk alaf pekerjaan. Menang kalah MEMANG adat perlawanan. Aku terima kekalahan dengan cara baik. Apa yang jadi kat aku malam tu bukan seperti yang aku pernah terima sebelum ini.
 
Susah aku nak ceritakan keadaan aku masa tu. Apa yang aku perlu buat kalau dalam 10 minit pertama aku dah tahu keputusanya? Cakap le aku noob ke hapa. Apa yang aku rasa, umpama penindasan kaum Yahudi kepada rakyat Palestin. Kalau pepatah melayu, "sudah jatuh ditimpa tangga". Yang memburukkan lagi keadaan, tak ada sesiapa yang nak mereda kan marah aku masa tu. Di mana kawan-kawan aku masa tu? Umpama lagi, siapa yang perlu meredakan keadaan, Yahudi atau Palestin? UN? Tetiba aku salahkan pasal awek tak lekat kat pisang. Memang salah aku tulis macam tu. Mengeruhkan lagi keadaan. Tapi apa yang boleh diharapkan kepada orang yang sedang marah?
 
Bagi mengakhiri penulisan aku mengenai bab ini, aku mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya aku ada terkasar bahasa dan sebagainya. Apa yang penting sekarang ni, aku perlukan masa untuk balik stabil ke asal. Dan memang aku melibatkan diri ke alam bermuzakarah di masjid mahupun di tempat kerja.
 
Wassalam.

10 comments:

Encyclopedia Discovery said...

Ni komen ikhlas dari aku.. x tahu le kena ke tak.. tapi kalu dgr lagu ni sambil baca post bab ni mmmg nice.. tersentuh jiwa dan raga.. ibarat nan keje berat sampai jadi mamu..

sekian.. wasalam.. idup abg joy dan kawan2 yg lain.. life like rainbow.. more colour.. MESTI MARI!!!

~~~
Setahun sudah ku mengunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna Kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan
~~~

sekian terima kasih..
maju lah dota untuk semua

Zulkarnein said...

epoi : Terima kasih.
"Peace, Make Love, Not War" by John Lennon

Zolraya said...

aku tak tau jadi isu besar ni.

yang berlalu, biarkan berlalu.
Stabilkan diri.
Lepas ni, main macam aku nye style. Agak2 tak boleh belah, letak hero dalam hutan.. hakhakhak
;-p

All the Best..
and "Welcome Home Dota Road" - John Denver modified by Zolraya

“mana lenyapnya laungan.. kata NAGA Keramat.. Lets us make love not war”- Ameringo(Naga Keramat)-Wings

Anonymous said...

Anonymous lagi...aku pun sama joy, ko antara kawan yg aku hormat.aku takleh lupa pertolongan ko.
Jgn risau aku akan ingat pertolongan ko dan aku sentiasa berharap aku dpt membalas budi ko.
sorry terpanjang lak mukadimah aku.Sebelum aku jawap soalan ko aku kasi tahu kenapa aku komen sebenarnye.
1.Ko terlalu mengikut emosi dlm tulisan ko.(bagi aku bukan cara sesuai untuk meluahkan perasaan)
2.Ko mengeruhkan keadaan.(bab pisang)
3.Ko membuat andaian yang tak tepat.(rahim bistro)
4.Ko meletakkan ayat Al-Quran dlm artikal yang tak sepatutnya.(pendapat aku jer)
5.Aku rasa aku perlu menunaikan tanggungjawap aku sebagai kawan.
Aku sebenarnye pemalas dan aku suka berfikir,jadi aku cuma kasi 3 komen je untuk artikel ko sebelum nie.
No 5 yang membuatkan aku berhenti main poker dan merajinkan diri aku menulis.
Ko kata komen ngan hujah aku teratur(terima kasih), sebenarnye tak, komen/hujah tu tak complete,
memang style aku mcm tu sebab aku nak org berfikir.
"Ko tak pernah emo ke tutek?" Aku pernah emo. Alhamdulilah kawan2 aku(dan pengalaman hidup aku) telah mengajar aku untuk tidak emo.
Bagus sebenarnye meluakan perasaan nie(terutamanye lelaki) sebab benda nie rare nak berlaku (untuk lelaki)
luahan mengikut emosi selalunye hanya memberi kelegaan sekejap je sebab kehidupan kat dunia nie melibatkan
banyak melibatkan hati dan perasaan.Aku rasa aku taknak sembang panjang bab emosi nie sebab aku rasa dan aku harap bab nie setel
dan takde masalah berbangkit.

Anonymous said...

"Ada aku penting diri selama ni bila berdepan dengan kawan-kawan?" Aku pikir balik2 aku rasa ade, dlm cabal, lepas kejadian aku dah let go benda nie.
cerita lama so kes close.real life aku rasa takde. "Tapi kalau dah kena pijak berkali-kali, sesekali terkeluar la benda macam ni" ayat nie mendalam sangat maksudnye joy.
serupa ko kena ranjau cukup2 sampai dah tak tertahan. wiseman said "mata pena lagi tajam dari mata pedang" terbukti. Ko ade berdendam ngan geng2 kita ke.
ko ade berdendam ngan aku ke.jgn risau,aku tanya dalam hati je tapi aku tak memerlukan jawapan.tolong jgn jawap kalau ko ade berdendam.
aku tak kata ko berdendam, aku cuba menghayati gaya penulisan.Menjawap perenggan seterusnye "Dengan ringkas sekali lagi......" bagus la kalau mcm tu joy,
kalau letak harapan yang tinggi,kalau tak bersedia tak berjaya nanti kecewa.Aku pernah main bola untuk club(johan), aku pernah main rugbi untuk skolah sampai wakil daerah kinta,(kalah kat kk)
aku main solfball wakil um(naib johan), aku main catur dlm skolah, aku main snooker untuk diri aku(aku champion dlm tourney tu), aku main torney ryl(3rd place),
aku main poker(champ shootout 3rd round) dan byk lagi perlawanan official yg aku rasa tak sesuai aku sebut kat sini.Untuk pengetahuan ko, dota bersama genggone tak
sama ngan perlawanan lain dlm dunia nie yg aku pernah join, dan aku percaya perlawanan yg aku tak pernah main pun takkan sama ngan perlawanan dota bersama genggone.
aku sebut game dota kita bersama genggone sebab asal dota yg kita main nie perintisnye ahli2 genggone of mjolnir.Joy, itu le cara kawan2 kita nie berseronok, drop kawan2 lepas
game, dan abis kat situ, kalau tak abis sambung lagi game seterusnye di waktu yg lain.kalau kena drop pun ngan kawan2, yang tahu cerita kawan2 je.

Anonymous said...

Aku cerita skit, ko perasan tak aku suka guna ayat2 poyo sebelum main dota, sms2 aku mengajak kawan2 main dota. aku dah setkan minda aku untuk menang dan melauk sebelum game.
tujuan aku ckp poyo dan sms poyo aku tu untuk memastikan diorg nie dtg main elok2, bersungguh2, jgn main telo,(duit aku terhad) mungkin sebab tu diorg terno mercy ngan ko kot.Aku tahu diorg nie
tiap2 hari nak cari aku sebab aku sentiasa anggap aku hero (poyo katakan)(tapi aku tak poyo hehehe)(aku rasa ko pun nak cari aku gak hehehe) 1. sebab diorg nak cari aku,
sebab diorg nak melupakan kenangan pahit diorg kena lauk ngan aku kalau bior aku bahagia hehehe(itu hakikat, kalau diorg ikhlas diorg akan mengaku..tapi jantan..
kalau ko tanya diorg bertuah la dpt jawapan) 2.diorg rasa seronok kot kalau dpt buat aku diam. aku tak peduli benda nie, janji aku seronok bila diorg bersungguh2 nak kill aku.
diorg seronok dan aku pun seronok. kalau kalah memang le tekanan, sapa kalah seronok, hilang akal ke. cuma belajar le control perasaan.habis cerita aku nak mulakan permainan dota.
2nd story untuk menjawap perenggan ko yg berikutnye "Apa yang aku perlu buat kalau dalam 10 minit pertama aku dah tahu keputusanya?" jawapan soalan ko nie senang je teruskan usaha,
"usaha tangga kejayaan" moto skolah aku skolah anderson. teruskan ngan 2nd story aku (antara pengalaman dota yg paling cilake sekali dlm sejarah mendota aku).Game nie berlangsung
kat ino 5v5, ko tak join lagi rasanye time nie. kalau ko dah join aku rasa ko takkan tulis artikel "dota:rehat untuk seketika". 5v5 yg aku ingat team lawan kebanyakan lauk masin aku
antaranya nan ngan mok.3 org lagi aku tak berapa ingat jadi aku taknak letak nama, kalau silap mungkin akan mengeruhkan keadaan. team aku, aku rasa aku sorang je cukup kot untuk
rujukan nama. so 5v5, team lawan cari aku tak ingat alamnye, kalau bedah ade dlm map dota tu, celah bedah diorg check cari aku.game nie aku tak membunuh, time nie main dota bukan mcm
kat magic 20m+== - 50m= je setiap game.game berlangsung sejam +++ mau dekat sejam 30m. ko bayangkan azab aku, aku tak membunuh dlm game nie, dan game nie aku kalah. game nie,
team aku lak siap memastikan aku tak membunuh.10 minit ko joy tahu ko dah nak keputusannye.aku nie tak tahu le nak ckp, aku nampak teammate aku menaip tapi tulisan tak kuar kat screen aku.
aku nampak sebab aku byk menghabiskan masa aku tunggu hero aku hidup balik.tu yg aku nampak.ko tahu teammate aku yg tak membunuh lagi siap private msg team lawan mintak ehsan.dah tu
permintaannye ditunaikan.so game tu aku kalah dan aku sorang tak membunuh.sepanjang permainan ko tahu le guna ternology tuhan(speaker mulut) gelak ngan kutukan dah leh dengar aku rasa
kat ehsan pun leh dengar dah.belum lagi abis perlawanan.tgh game dah azab sengsara tapi aku percaya azab api neraka lagi sengsara.aku tabahkan hati aku gak, usaha hingga jaya,
tapi aku tak berjaya. mana kawan2 aku, mana bangsa melayu, mana rakyat palestin, mana yahudi. hakikat game nie 9v1, 1 tu aku. bengang marah rasa nak tumbuk terajang semua ada.
kalau diingatkan setiap saat memang aku dah macam berzikir ko tahu... pantat pantat pantat tu je yg aku nak sebut.saat yg ditunggu pun menjelma, time isap rokok lepas game.
semua kuar nie,team lawan team aku, penonton pun ikut rapat. kalau penonton tu aku kenal takpe gak, yg aku tak kenal pun ikut keluar isap rokok.sambil nak kuar nie, bunyi yg menusuk
telinga usah ckp le, dah leh dengor dah.aku rasa ari tu mcm tak payah korek telinga, taik telinga cair.tunggu nak meleleh keluar untuk dilap je

Anonymous said...

seterusnya,
kat luar ko leh bayangkan le joy.bayangan ko tu masukkan sekali ngan penonton berbilang kaum dan pelbagai jantina.Aku emo masa tu, tapi aku tadah je ape diorg nak ckp.
kidi ckp kat aku, tek jgn sengal, game je nie. aku pun pelan2 terima hakikat game je nie.itu le kawan2 aku, yg banyak menolong aku. Hari diorg, diorg seronok aku sorang bersedih(cewah)
terima hakikat dan let go, kawan2 kita susah nak memuji, mengutuk ade.kalau nak rasa kena puji ajak2 le private meeting.itu le cerita aku untuk menjawap perenggan ko nie.
renung2kan lah...ade byk lagi pengalaman mendota aku yg tak seronok.tapi ade byk gak pengalaman dota aku yg menyeronokkan hehehe (kalau takde, takde le diorg semua nak mencari aku jer)
okey aku teruskan menjawap "Tapi apa yang boleh diharapkan kepada orang yang sedang marah?" kalau org tu tgh marah, kita selalunye mengharapkan dia bersabar.dan itu le pun yg boleh diharapkan
Aku rasa joy, ko takyah nak minta maaf kat aku, ye tulisan ko ade kena skit ke aku. tapi aku berfikiran positif, dan aku sentiasa berfikir. aku menganggap yang ko nie
berada dlm keadaan berimosi dan emosi menguasai pemikiran ko masa tu(tu antara sebab aku ckp ko emo)... okey le joy, aku dah letih menaip nie.. aku minta maaf kalau ade yg terkasar
ke ape ke... cuma aku berharap ko renung2kan le ape yg aku tulis nie.aku nak layan cm2010. buang masa untuk diri aku lak.

Zolraya said...

kk, salam tangan..
settle 0-10
agagaagagaga
0-0..
;-p

Zulkarnein said...

Tutek : Aku letak post baru untuk terima kasih kat ko.

Zulkarnein said...

Zool : Kat hujung post baru aku tu khas untuk komen ko sebelum ini. Err.. untuk warmup Novel : 7 Series Harry Potter yang aku bagi tu.