Sunday, February 21, 2010

Dota : Nasib baik Apit berjaya membunuh

Seperti apa yang terlulis di tajuk, Apit berjaya menebus angka kosong bagi aksi membunuh di dota. Aksi tersebut berlaku di Round 3, iaitu di round terakhir bagi setiap perlawanan. Laungan Epoi menjerit, "CEPAT KASI ABIS GAME!!!.." pasti membuat Apit tidak menentu. Tambahan pula, kesemua pihak lawan aim habis-habisan membunuh Apit untuk mengekalkan rekod "0 Kill" bagi beliau. Walau bagaimana, happy ending untuk beliau setelah berjaya membunuh Ole ketika itu.

Semalang-malang beliau, aku masing lagi berbau malang pada malam ini dengan rekod tidak berbau kemenangan walau berjaya membunuh. Mungkin malam ini masih bukan malam untuk aku.

Berikut adalah detail bagi perlawanan malam ini,

Round 1
Sentinel - Aku, Tutek, Apit, Epoi, Mok
Scourge -  Arep, Bobo, Apis, Ole, Nan (Menang)

Perlawanan ini kekurangan pemain apabila PC Apis 'hang'. Dan sememangnya menjadi rekod PC 1 hingga PC 5 di Cybercafe Magic mengalami masalah PC Hang. Walau bagaimanapun, Pasukan Scourge berjaya mencipta kemenangan apabila kesemua pemainnya mempunyai kelebihan "damage tak hingat alam".

Round 2
Sentinel - Epoi, Apit, Arep, Bobo, Mok (Menang)
Scourge - Nan, Tutek, Ole, Apis, Aku

Pusingan ini dimenangi pasukan Sentinel apabila Lich yang dikawal oleh Epoi menjadi gemuk dengan skill ultimatenya yang melompat-lompat. Bak kata beliau, "Jangan ikut plan nan..." bermaksud jangan berkelompok dekat-dekat, sebab ulti beliau menyakitkan hati.

Round 3
Sentinel - Nan, Apis, Apit, Mok, Aku
Scourge - Tutek, Arep, Epoi, Ole, Bobo (Menang)

Last round inilah yang ditopikkan. Seingat aku bila Apis mengeluh, "Kenapa la team sana dapat hero macam nih...". Dan sememangnya pasukan lawan mendapat hero yang pedih lagi memedaskan. Sila click pada thumbnail perlawanan ini dan lihat pada K/D/A Apis yang agak unik.

3 comments:

born82 said...

ehehe joy.. mari kita pastikan... apit gagal lagi..

born82 said...

eh.. tahniah kerana membuat arkib untuk dota kita

Zulkarnein said...

Suka suki aku je ni. Mekasih