Friday, February 26, 2010

Dota : Kidi balik Ipoh dan dilaukkan..?

Perlawanan malam ini adalah perlawanan malam jumaat bersempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan malam ini aku boleh berjaga lewat sikit. Malam Jumaat? Aku membujang minggu ini disebabkan isteri dihantar ke kampung kerana dia dalam pantang sehingga hujung bulan hadapan. Berbalik kepada cerita dota, malam ini aku sempat bermain untuk 2 perlawanan yang terakhir sahaja. Ramai ahli dota untuk malam ini. Kidi pun balik dari Penang untuk melaukkan diri pada malam ini...

 
Berikut adalah maklumat detail bagi perlawanan bertarikhkan post ini.

Untuk makluman, aku minta maaf kepada sesiapa yang aku terlupa. Nick rojak atau sempena tema malam ini (amoi cun duduk sebelah Epoi ke?) aku tak ingat siapa dan siapa. Antara Epoi dengan Bobo. Hazique pun main aku tak perasan rasanya.

Round 1

Sentinel - (Menang)
Mok (Furion),
Arep (Clock Goblin),
Nan (Centaur),
--lupa-- (Drow),
Ole (Beast Master)

Scourge -
--lupa-- (Vendeta),
Apit (Magnus),
Apes (Luna),
--lupa-- (Bounty Hunter),
Moja (Tiny)

Aku tidak bermain game pada Round 1 ini. Tapi apa yang dapat aku perhatikan, nasib banyak berpihak kepada Arep. Beliau membawa empty bottle ketika menjaga barisan. Maksud bagi bernasib baik (ong kata cina) disebabkan beliau berjaya meneka dimana rune itu akan terbit. Dan rune itu sepatutnya terbit secara rawak di antara bahagian utara atau selatan. Serawak mana pun terbitnya rune itu, Arep berjaya menekanya. Bagaikan Arep bermain cheat  atau map hack ketika itu.

Setelah tamatnya perlawanan pusingan ini, Nan terus balik ke rumahnya. Bukan disebabkan kalah atau sebagainya, tapi disebabkan beliau tidak sihat setelah penat bekerja keras menahan panas terik.

Round 2

Sentinel - (Menang) 
Apit (Bane)
Zool (Tauren)
--lupa-- (PLancer)
--lupa-- (Twin Head Dragon)
Arep (BloodSeeker)

Scourge -
Mok (Sniper)
Ole (Sven)
Apes (Lion)
--lupa-- (Necrolyte)
Aku (Pugna)

Perlawanan ini pun tidak dapat aku ingat dengan sebaiknya. Aku menggantikan tempat Nan setelah dia pulang meninggalkan PC beliau dengan begitu saja (TQ nan, boleh aku main pree malam nih, nanti aku ganti balik dengan air kelapa, hehehe). Walau apapun, aku berjaya membunuh dengan menggunakan hero yang tidak seberapa hebat, Pugna. Teknik yang aku gunakan, teknik sedut iaitu skill ultinya. Dan sepatutnya aku bermain menggunakan item Dagon bagi perlawanan ini. Apakan daya, aku masih kurang arif dengan kombinasi item dan hero.

Round 3

Sentinel -
Aku (Lina)
--lupa-- (Antimage)
Zool (SBreaker)
--lupa-- (Silencer)
Husin (Sniper)

Scourge - (Menang)
Ole (Centaur)
Kidi (Keeper of the Light)
Apit (Venom)
--lupa-- (Torment Soul)
Apes (--lupa-- )

Perlawanan terakhir untuk malam ini. Ketika ini, dua pemain baru masuk bertarung. Husin dan Kidi. Kidi yang baru balik bercuti, terus masuk berjuang dengan tanpa berpikir panjang. Disebabkan sudah lama tidak bermain dota, First Blood jatuh ke tangan Kidi yang telah dibunuh oleh Husin yang dibantu oleh aku. Begitu juga untuk kematian keduanya yang telah dibunuh oleh aku pula. Walau bagaimana pun, beliau berjaya berdiri semula dengan bantuan oleh pasukannya.
Untuk mengakhiri kisah pada hari ini, Happy Belated Birthday utk Arep.

1 comment:

meth 。スカーレ said...

ya, map hack mana la aku pakai ni. kamu kan duduk sebelah aku je ish T_T