Tuesday, March 30, 2010

Broadband Upgrade?

Blogwalking kali ni berkaitan dengan BROADBAND. Percaya atau tidak, Broadband Malaysia kita yang selama ni dah bertahun-tahun dengan ranking antara yang tercorot berbanding dengan negara-negara lain.Teruskan membaca dengan link url yang disertakan untuk maklumat terperinci.

Maklumat-maklumat ini boleh di dapati di url berikut :

Satu lagi bab ranking ni yang buat rasa TERUJA sesangat dengan tahap teknologi kita. 48? Ok le kot sebab 195 negara kat dalam dunia ni. Apapun selepas ni, diharap sangat boleh la streaming movie HD. Baru mantap dunia internet kita.

Daripada rajah di sebelah kanan, rasa macam teringin sangat nak try test tengok kelajuan internet di Korea Selatan. Lagipun, banyak online game yang dikeluarkan oleh Korea Selatan. Haiz, bila la agaknya nak ke sana.

Monday, March 29, 2010

Kerja Kosong?

Salam,

Dalam tengah jalan-jalan blog ni, aku ternampak blog kerja kosong. Walaupun aku dah berkerja tetap, aku tetap teringatkan kawan-kawan yang masih tercari-cari punca untuk mencari pendapatan. So. kepada sesapa yang berminat, tengok-tengok la kot blog ni boleh membantu. Kesahihan mengenai ruang kerja ni tak pula dapat aku pastikan. Cuma, usaha tangga kejayaan.

http://blogjawatankosong.blogspot.com/search/label/Perak

Wednesday, March 17, 2010

Reghost PC dan sebelumnya...

Di sini bukan aku nak buat tutorial untuk GHOST pc atau sebagainya. Tapi saja nak logkan apa yang aku buat kat PC aku hari ni.


Sebelum menulis panjang untuk log apa yang aku buat kat PC aku, aku nak logkan juga apa yang aku dah buat 2-3 hari ni. Yang paling penting, aku ambil cuti 2 hari yang bermula dari semalam. Kononnya nak memperbaiki kereta yang masalahnya berkait dengan windscreen dan sistem pengera. Dan memang niat untuk memperbaikinya, tapi entah kenapa mood malas tu tetiba datang. Entah, malas ke? Panas kat luar tu kot yang buat aku malas nak keluar. Lagi pun semalam aku dah pergi ke AM Bank Jalan Yang Kalsom kat tengah Bandaraya Ipoh dan dapatkan salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Car Grant). Mungkin silap aku juga yang bangun lambat pagi tadi (dah dua pagi jadi benda yang sama atau memang susah nak bangun pagi).

Saturday, March 6, 2010

Jalan-jalan Blog : Ariedrifke dengan TIPS beliau!

Salam,
Setelah berpenat lelah membaca blog blog diluar sana, aku dah dapat bahasa baru untuk para blogger ni. BLOGWALKING! Atau dimelayukan sebagai Jalan-jalan Blog. Blog berjalan pun boleh kot. Apa pun motifnya, TRAFIK! Tapi nak kata spam pun boleh juga. Apa pun, sesapa yang baca blog ni, cuba tengok kepada En. arieDRifke yang menulis panjang lebar mengenai BLOGWALKING.

Ini adalah link kepada tips blog walking beliau. Terima kasih le sebab kongsi maklumat begini.
http://mathsensei.blogspot.com/2009/12/tips-blogwalking-secara-bijak.html

Dan aku dapat maklumat ini pun dari artikel asal beliau di sini.
http://mathsensei.blogspot.com/2009/12/tips-dapatkan-buffered-earning.html
Yang banyak menekankan kisah masyukkk...

Dan asalnya pun aku dapat petikan ini dari Nuffnang Innit (Forum? ataupun macam twitter kot) yang menyenaraikan top blog untuk kutipan undian tertinggi sepanjang tahun sudah.

Tambah lagi, yang ini pula bagi yang berjaya menge'cash'kan duit beliau (melur apa tah namanya..).
http://mycolourfulonlineworld.blogspot.com/2010/03/yepiiinuffnang-chq-is-on-way.html

Cukup untuk malam ini jalan jalan blog..
Salam..

Iklan : Inline Coding

Saja test post ni tgk inline advertising. Here we go...

Ini adalah Inline Coding bagi nuffnang adverting coding,

<!-- nuffnang -->

<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "43d0020336581e3e1ec5b9ed0a57a2f7";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->

dan hasilnya adalah seperti berikut





Saja buang masa. Lagipun kalau iklan ni tetiba terkeluar, baru aku masukkan ke dalam post aku yang lain. :-P

Wednesday, March 3, 2010

Aku dah O-K-E-Y!

Assalammualaikum,

...dilanjutkan dari artikel sebelum ini.

Tutek,

Setinggi-tinggi terima kasih untuk ko tutek kerana bersusah payah meluangkan masa untuk meredakan aku (harap-harap itu niat ko).

Aku dah baca dan paham maksud setiap ayat ko. Dan alhamdulillah aku dapat rasa seperti mana kidi nasihatkan ko dengan ayat pendeknya, "tek jgn sengal, game je nie.". Semalang-malang ko pada hari malang yang ko ceritakan, masih ada orang yang ingatkan ko tentang langit dan bumi. Aku mungkin terlambat sikit untuk reda, tapi aku dah ok sekarang ini. Simple je ayat kidi, aku dah boleh gelak balik.

Monday, March 1, 2010

Mohon maaf kepada kawan-kawan...

Assalammualaikum,

...sambungan dari tajuk Dota : Rehat untuk seketika.

Tutek,

Aku hormat ko sebagai kawan aku yang beranikan diri memberi komen dan hujah dengan teratur bagi post aku sebelum ini. Biar aku ulaskan balik bagi maksud penulisan aku sebelum ini.

Aku dah baca seluruh komen ko(tutek) dari 1 hingga 3. Betul apa yang ko cakap. Cuma situasi ini terkena kat batang hidung aku.

Yang pertama ko cakap aku emo. Ko tak pernah emo ke tutek? Manusia bro. Mana ada yang sempurna. Aku tulis ni pun atas luahan hati aku. Aku luah, tak nak simpan. Siapa terbaca kat sini, tahu la bertapa teruknya keadaan aku seperti seorang penakut yang hanya membesarkan suara di perkarangan ini. Selalunya aku tak pernah luahkan kepada sesiapa atau tulis di mana-mana. Kali pertama dalam hidup aku bila aku tuliskan kesemua isi hati ke dalam blog ini. Dan aku lega. Tapi yang tak baiknya kepada kawan-kawan aku yang akan menarik muka apabila terbaca pada tulisan aku ini. Perhatian, ini kali pertama aku buat macam ni.