Saturday, February 27, 2010

Dota : Rehat untuk seketika

Seperti yang tertera tajuk di atas, aku akan mengambil masa untuk berehat seketika. Setiap malam menghabiskan masa untuk dota dan setiap malam juga aku habiskan duit aku yang tinggal tak seberapa ini. Untuk apa? Ya, untuk kalah dan kalah sepanjang minggu ini. Hahaha. Emo? Bukan masalah emo atau tak, masalahnya aku ingatkan boleh enjoy bermain dota, tapi tidak, sebab ramai lagi yang lebih enjoy daripada tu. Minta maaf la kalau pemain terkurang sorang selepas ini. Pisang kalau ko terbaca artikel ni, aku memang bengang sangat kat hang! Sebab? Sebab tu la ko tak pernah lekat dengan awek. Muahahahaha...

Friday, February 26, 2010

Dota : Kidi balik Ipoh dan dilaukkan..?

Perlawanan malam ini adalah perlawanan malam jumaat bersempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan malam ini aku boleh berjaga lewat sikit. Malam Jumaat? Aku membujang minggu ini disebabkan isteri dihantar ke kampung kerana dia dalam pantang sehingga hujung bulan hadapan. Berbalik kepada cerita dota, malam ini aku sempat bermain untuk 2 perlawanan yang terakhir sahaja. Ramai ahli dota untuk malam ini. Kidi pun balik dari Penang untuk melaukkan diri pada malam ini...

 

Tuesday, February 23, 2010

Balqis : Jemput makan Maggi...

Ini adalah aksi makan mee maggi oleh Balqis. Kalau dah mula makan, kiri kanan pun dah tak nampak.





Dota : Round Tunggal lebih baik dari TIADA

Malam semalam adalah malam yang kurang bertenaga bagi Gamers di Ipoh Rock City ini. Mana tak nya, Nan, Husin dan Bobo baru habis kerja menahan cahaya matahari yang panas terik (terciptalah nama PakTam, Macha dan Mamu). Kemudian, Apit pula ada hal katanya, so seround saja yang dia mampu. Aku pulak, dengan alasan esok kerja. Oleh itu, Satu Round lebih baik dari tiada langsung. Walau bagaimanapun, Tutek, Mok dan Epoi teruskan perjuangan mereka apabila tamatnya Round pertama dengan bertarung di Battle Lan Online...

Monday, February 22, 2010

Dota : Nan menggantikan Rekod Aku Tanpa Kemenangan

Ya. Terima kasih kepada Nan a.k.a. Pak Tam (bukan nama sebenar) yang telah mengambil tahta aku sebagai insan yang bergelar "Rekod Tanpa Kemenangan" pada malam ini. Aku berjaya menyerahkan rekod tanpa kemenangan yang hanya berpanjangan selama 2 hari berturut - turut. Dan jangan sampai rekod berturut sehingga 7 hari yang telah direkodkan oleh salah seorang kawan kita pada suatu ketika dahulu...

Sunday, February 21, 2010

Dota : Nasib baik Apit berjaya membunuh

Seperti apa yang terlulis di tajuk, Apit berjaya menebus angka kosong bagi aksi membunuh di dota. Aksi tersebut berlaku di Round 3, iaitu di round terakhir bagi setiap perlawanan. Laungan Epoi menjerit, "CEPAT KASI ABIS GAME!!!.." pasti membuat Apit tidak menentu. Tambahan pula, kesemua pihak lawan aim habis-habisan membunuh Apit untuk mengekalkan rekod "0 Kill" bagi beliau. Walau bagaimana, happy ending untuk beliau setelah berjaya membunuh Ole ketika itu.

Saturday, February 20, 2010

Dota utk hari ini...

Mok ada bagi idea, "Pekate ko buat blog utk dak2 main dota nih?". Bila balik pikir, best jugak kalau bukak journal simpan semua game yang dah main, walau hari ni aku kantoi ketiga-tiga game. So, post ni maka tercipta la log dota yang aku habiskan RM 5 setiap hari..