Sebelum menulis panjang untuk log apa yang aku buat kat PC aku, aku nak logkan juga apa yang aku dah buat 2-3 hari ni. Yang paling penting, aku ambil cuti 2 hari yang bermula dari semalam. Kononnya nak memperbaiki kereta yang masalahnya berkait dengan windscreen dan sistem pengera. Dan memang niat untuk memperbaikinya, tapi entah kenapa mood malas tu tetiba datang. Entah, malas ke? Panas kat luar tu kot yang buat aku malas nak keluar. Lagi pun semalam aku dah pergi ke AM Bank Jalan Yang Kalsom kat tengah Bandaraya Ipoh dan dapatkan salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Car Grant). Mungkin silap aku juga yang bangun lambat pagi tadi (dah dua pagi jadi benda yang sama atau memang susah nak bangun pagi).
Dan semalam juga aku dah mulakan balik main bola petang-petang dengan geng Genggone. Yang sampai kat padang hanya aku, Nan, Joko, Mok, Bobo dan Man. Scott pun ada lepak tepi padang, tapi sayangnya dia tak cukup sorang lagi untuk masuk main sama. Apa pun, yang penting pasukan aku, Nan dengan Joko membelasah secukup cukupnya kepada pasukan lawan. Bukan setakat Hat Trick, lebih dari tu pun aku dengan Joko buat pada petang tu. Er.. 14 berbalas 4 rasanya. Entah, tapi yang aku ingat, memang belasahan jadinya.
Gambar contoh
Cukup setakat tu cerita yang diluar tajuk ni. So, sekarang aku mulakan dengan log aku reghost PC ni. Untuk makluman, Ghost Image bagi pc aku ni dah lama aku buat. Kali terakhir aku simpan bertarikhkan 15 Disember 2007. Dan sekarang sudah pelbagai patch dan update yang aku tertinggal bagi clone yang telah aku buat sebelum ini.Aku dah lama tak format PC ni. Dan sebab utama yang aku format dan ghost semula pc ni adalah disebabkan VIRUS!. Aku terlupa untuk menangkis serangan virus yang berpunca dari autorun.inf bagi PC aku sebelum ni. Dan sekarang, selepas aku Reghost, paling utama sekali, tangkislah autorun.inf. Cara-cara ini boleh di dapati di halaman microsoft sendiri dengan menaip "microsoft disable autorun" di ruangan carian google atau sebagainya.
Selain daripada itu, berikut adalah beberapa perkara yang aku buat ke dalam PC baru aku untuk dijadikan Master Ghost dikemudian hari.
- Avira Antivirus + Update
- ATI Radion 9550 v10.2 (tersangkut download) so pakai yang lama v9.3
- Flash update
- Java Update
- IE 8
- WinXP SP3
- Nero 7 (stabil rasanya)
- Ms Office 2007 (skrg ni pakai 2003, dan aku terlupa nak bawa balik installer ni)
- Firefox + Google Chrome
- GOM + VLC
- Winamp + Real Player
- Adobe Photoshop CS3(CS4 tak download lagi) + Paint.NET
- Utorent
- Sony Erricson PC Suite
- Converter FLV to 3GP
- Flashget
- Garena (online gaming untuk Dota dll.)
- WinRAR
Ok la, itu la ceritanya yang aku buang masa menghabiskan cuti rehat aku selama 2 hari ni. Tu pun tak termasuk cerita aku main game XBOX 360 yang sempat menghabiskan game DarkVoid yang aku pinjam dari Joe. 2 Hari sampai lebam boleh habiskan game tu. Dasyat betul gamer nih. Hehehe.
5 comments:
wahh.. abangjoy..
mentang mentang la gol banyak tak ingat.. ehehe..
Ada sebab kami tewas aritu.. ehehe
Tunggu Nan balik nanti kita rematch...ehehe
born82 - Hehehe.. ni la dikatakan aktiviti memecahkan lemak.
Ehehe... mengurangkan lemak terkumpul. Nanti rematch weihh
rajin betoi hg karang.
ambank bukan mahal ke bai?
aku dulu ambank gak.
tp aku buat re-finance balik.
maybe pakej aku yg mahal.
huhu.
Oh ye ke?
Aku buatpun sebab satu bank dengan bank yang pegang geran aku. Ni aku nak renew bulan 5 ni. Nak kena study la pasni nak buat insuran kat mana pulak.
Post a Comment