Friday, February 19, 2010

Pe yg ku buat hari nih...

Aku baru terjumpa link apps networkblog dalam facebook.. so hentam sana sini, dah siap link dalam facebook aku. Pastu terlebih rajin sket, taruk la sama kawan aku punya link. Antara member aku yang sempat taruk, mok dgn zool.. Arep punya blog mcm ada limited user je leh tgk. Rasanya adult content kot. Yang lain nanti kalau aku sempat aku taruk lagi.. Terima kasih utk kawan aku nama azamnecrone nih je yg buat aku gagau sana sini smpai jumpa apps nih.

Ni kelam kabut sket bukan pe.. tadi Nan call nak main dota kasi jumpa awal sket.. Ni pun dah lagi 10 minit nak kul 9. Makan pun belum lagi.. So stakat ni je la aku nak menulis pun walau dalam kepala ni mcm2 nak cite rasanya.. So kepada geng dota, ada pantun 2 kerat nak kasi..

Skodeng cekup bukan main berani,
  Laukku cukup masin malam ni.

Thursday, February 18, 2010

Adohai

Hari ni keje membaca blog org je.. tak leh celen dgn org nampaknya sebab aku bukan jenis creative... Nak menaip pun satu hal.. pe cite nak taruk pun satu hal.. Belasah je lah.. asalkan menulis. Tak pernah tertulis dalam bloodline aku jadi jounalist nih..

Tu je la cite utk hari nih. Banyak benda kena tgk org dulu sebelum nak bukak cerita kat sini. Pe pun, lepas nih nak taruk cite pe pun aku tatau.. Ni pun dah berejam duduk depan PC kat rumah ni dok tgk blog org je.. kagum, tapi bila bandingkan dgn blog aku.. hahahah, no comment. :-P

Testing blogging via mail...

Testing.. and this post using my yahoomail as 1st step.. I'll test using my phone and see how much charge it will..

Myself


Pix taken at smoking zone around lhdn ipoh. This is my last time smoking at workplace. Pix taken couple weeks ago..

Tuesday, February 16, 2010

1st Day mengunakan Blogger

Tgk tgk ramai mcm start blog nih.. so aku pun try le buat satu test dulu..

Blog atau nama lainnya adalah online log atau journal atau diary.. so aku akan update apa cite yg aku lalui dsbnya...

Cite menarik hari ni, aku dapat BETA KEY Heroes Of Newearth dari mat saleh, Oscar, facebook's user.. thank alot Oscar. Lepas tu download program utk test je la.. ni pun tgh download.. siap nanti leh test main.. hehehe

Wednesday, January 20, 2010

Bola petang-petang

Bola petang-petang. Itu la ayat yang digunakan untuk bermain bola yang tak melibatkan sebarang kos (kecuali minum selepas abis game).

So gambar di bawah diambil pada 12.1.2010. Di mana ketika itu, JJ masih ada lepak di Ipoh. So, bola petang-petang lah tempat beriadah gelak bersama. (Macam kenal je mamat ni.. prankster kat TV3 tu rasanya)


JJ parut tersenyum lebar

3 Striker kaki kiri dan kanan

Sunday, May 31, 2009

Hari bersejarah ODOY

Gambar Odoy kahwin

Selamat pengantin baru untuk odoy (walaupun dah genab setahun baru aku nak tulis dalam blog). Sorry le ter back dated gambar ni. Gambar ini bertarikhkan mengikut tarikh post di bawah.

Ini adalah kumpulan Genggone dan beberapa lagi pemain(gamer) cyber di Magic Suft Station yang beroperasi di Ipoh Jaya. Odoy antara geng yang kedua menempah hidup ke arah rumah tangga selepas daripada aku. Dan ini akan menggalakkan kepada yang lain untuk berhajat mendirikan rumah tangga.

Dari kiri gambar, Apit, Nan, Tutek, Bobo, Moja, Syapik, Maxwell, Anak buah odoy, Pisang, Odoy, Joy, Wife Odoy, Arep, Apek, Joe, Ngka, Zool dan Epoi (pengapit yang lewat datang).

Semoga bahagia berkekalan ke anak cucu.